Bahan-Bahan
1 kg kepak ayam (potong tiga) bersihkan
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah laga
1 kuntum bunga lawang
5 sm kulit kayu manis
2 biji kentang (kupas kulitnya dan potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
3 sm halia (dihiris)
2 ½ liter air
3 biji limau kesturi (ambil jusnya sahaja)
1 ketul kiub pati ayam (Knorr)
½ sudu makan aji no moto
Garam secukup rasa
RM 1 daun sup (potong 1 sm)
3 ulas bawang putih (dimayang dan digoreng, toskan minyaknya)
3 ulas bawang merah (dimayang dan goreng, toskan minyaknya)
10 biji cili padi (potong keci-kecil)
Cara-Cara
Rebuskan ayam dengan 2 1/2 liter air.
Masukkan bunga cengkih,biji sapulaga, bunga lawang, kulit kayu manis,
halia, kentang dan tomato.
Bila sudah masak, masukkan pati ayam (Knorr), aji no moto, garam dan akhir sekali jus limau kesturi. Biarkan seketika.
Cadangan Hidangan
Hidang panas-panas dan taburkan bawang merah, bawang putih, daun sup dan cili padi di atas hidangan.
Tambahan
Kalau digantikan dengan kaki ayam lagi sedap[/size]