Ampang Community

Ampang Community

Komuniti Penduduk di Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Share | 
 

 Kerabu Mangga Muda

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
linie



Posts : 17
Join date : 17/02/2011
Age : 32
Location : Cheras Baru

PostSubject: Kerabu Mangga Muda   18th February 2011, 4:14 pm

Bahan-Bahan

3 biji mangga muda - mayang memanjang

5 ulas bawang merah - hiris nipis

6 biji cili api - potong kecil

Ikan bilis - digoreng

Kacang Tanah - digoreng

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos ikan

3 biji limau nipis - ambil air perahan

2 helai daun salad

Garam secukup rasa



Cara-Cara

Gaulkan hirisan mangga, bawang merah, cili api, gula, sos ikan, garam, perahan limau nipis.

Masukkan pula kacang tanah dan ikan bilis.

Letakkan di atas pinggan yang telah dilapik dengan daun salad.

Sedia untuk dihidang.



Cadangan Hidangan

Boleh dihidang segera atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 1/2 jam


Tambahan

Jangan campurkan semua bahan terlalu awal kerana ikan bilis dan kacang akan menjadi liat dan lemau. Gaulkan bahan-bahan 10 minit sebelum dihidangkan supaya ia rasa segar.
Back to top Go down
View user profile
 
Kerabu Mangga Muda
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ampang Community :: Kongsi Resepi Masakan Yang Best :: Masakan Melayu-
Jump to: