Ampang Community

Ampang Community

Komuniti Penduduk di Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
 
HomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Share | 
 

 Air Soya Sendirian Berhad

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
linie



Posts : 17
Join date : 17/02/2011
Age : 32
Location : Cheras Baru

PostSubject: Air Soya Sendirian Berhad   18th February 2011, 4:35 pm

Bahan-Bahan

250 gram kacang soya

1 jug air masak

Gula pasir

Daun pandan



Cara-Cara

]Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan
dari susu soya membuak keluar.



Cadangan Hidangan

Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.


Tambahan

Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis. Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara. Tapi ingat....jangan letak gula banyak sangat nanti kencing manis.....
Back to top Go down
View user profile
 
Air Soya Sendirian Berhad
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Ampang Community :: Kongsi Resepi Masakan Yang Best :: Recepi Pelbagai Jenis Minuman-
Jump to: