My Baby & ElzaBaby Book Contest
15 Julai –15 September 2011
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya ~Proses
mendidik anak-anak perlu dilakukan sejak dari usia muda @ sejak bayi
lagi.. Salah satu cara didikan yang biasa dipraktiskan oleh ibu bapa
adalah dengan cara menggalakkkan sifat suka membaca di kalangan
anak-anak . Selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan penerokaan
dunia keibu bapaan & anak-anak yang semakin berkembang, pelbagai
bahan bacaan untuk anak-anak seawal usia bayi boleh diperolehi di
pasaran seperti buku kain, kad flash, buku aktiviti, buku bantal dan
lain-lain lagi,
Bagi menyokong usaha mendidik anak-anak sejak
dari peringkat awal oleh ibu bapa ini, ElzaBaby amat berbesar hati
untuk menganjurkan ‘ My Baby & ElzaBaby Book Contest’ bermula pada
15 Julai – 15 September 2011.
Sebanyak 3 hadiah utama, iaitu
tempat pertama, kedua & ketiga serta dua hadiah saguhati berbentuk
bahan bacaan kanak –kanak/ permainan pendidikan/cenderahati akan
disediakan untuk para pemenang.
Terma & Syarat Peraduan1.
Peraduan ini terbuka kepada semua ibu bapa yang mempunyai gambar
bayi/anak dengan buku/ bahan bacaan yang berusia daripada 0 -24 bulan
& mempunyai akaun facebook atau blog.
2. Peraduan bermula pada 15 Julai – 15 September 2011
3. Keputusan peraduan adalah muktamad dan akan diadili oleh pemilik Elza Baby & seorang Juri Luar.
4.
Pemenang akan dinilai dari sudut kreativiti gambar anak bersama buku
& juga tips pendidikan awal anak serta dedikasi yang ditujukan.
5. Penyertaan adalah di dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.
Cara-Cara Penyertaan1. Cipta 1 pos di blog atau 1 album di Facebook anda bertajuk & ElzaBaby Book Contest. Cth : Arif & ElzaBaby Book Contest.
2. Muat Turun (download) gambar peraduan My Baby & ElzaBaby Books Contest di permulaan post blog @ album anda.
3. Di blog/ Album Facebook anda, masukkan maklumat-maklumat berikut:-
a. Nama anak
b. Umur
c. Gambar-Gambar Anak Bersama Buku/ Bahan Bacaan/
d. Keterangan Bagi Setiap Gambar
e. Perkonsian Tips Bagi Pendidikan Awal Anak
f. Dedikasi Untuk Anak
g. Akhir sekali, tag seberapa ramai rakan-rakan anda bagi tujuan perkongsian pengalaman dalam pendidikan awal anak.
4.
Seterusnya, hantarkan e-mel penyertaan bertajuk ‘My Baby &
ElzaBaby Books Contest ke
elzalovely@gmail.com & sertakan maklumat
berikut:-
a. Nama Ibu/Ayah
b. Nama Anak & Tarikh Lahir
c. Alamat
d. No Telefon
e. Link blog anda/album
5.
Tinggalkan link blog/ album facebook anda di ruangan komen Senarai
Penyertaan. Senarai penyertaan akan dikemaskini di dalam Album My Baby
& ElzaBaby Book Contest .
6. Keputusan pertandingan akan
diumumkan selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2011. Hadiah-hadiah akan
diposkan kepada para pemenang bermula pada 1– 10 Oktober 2011. Hadiah
untuk para pemenang adalah di dalam bentuk bahan bacaan/ soft
book/permainan pendidikan & cenderahati seperti berikut:-
a. Tempat Pertama - RM120
b. Tempat Kedua - RM100
c. Tempat Ketiga - RM70
d. 2 hadiah Saguhati - RM30
7. Cenderahati Penghargaan dalam bentuk voucher bernilai RM5 juga disediakan untuk semua penyertaan lain.
8. Jom sertai beramai-ramai :-)